Blog & News

  • Home
  • Blog & News Details

PEMBUKAAN SEMULA SEMUA PEJABAT DAN STESEN TAMAN-TAMAN SABAH

Image

Dimaklumkan bahawa semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah akan dibuka semula kepada orang awam dan pelawat bermula pada 25 Februari 2021 (Khamis). Had pelawat adalah seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan (setiap Sub Stesen dan Pulau).Pendakian Gunung Kinabalu akan dibuka bermula 5 Mac 2021. Walaubagaimanapun para pendaki dikehendaki menjalani 'swab test' tiga hari sebelum tarikh pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki . Mohon rujuk SOP yang disertakan.Walau bagaimanapun, semua aktiviti yang dibenarkan dalam Taman tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Taman-Taman Sabah dan Peraturan-Peraturan Pencegahan Covid-19 yang sedang berkuatkuasa.

Ibu Pejabat Taman-Taman Sabah, Kota Kinabalu (Kaunter Tempahan 8:00pagi - 1:00petang)Taman Kinabalu, RanauTaman Tunku Abdul Rahman, Kota KinabaluTaman Pulau Tiga, Kuala PenyuTaman Banjaran Crocker, KeningauTaman Bukit Tawau, TawauTaman Pulau-Pulau Penyu, SandakanTaman Marin Tun Sakaran, SempornaTaman Pulau Sipadan, SempornaTaman Tun Mustapha, KudatSekian dan harap maklum.

Leave a comment

Log In